Lima 09 Sedia Motosikal Berkuasa Tinggi

Leave a Comment
Sebelas buah motosikal berkuasa tinggi disediakan kepada pengunjung Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 09) yang mahu mengelak kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, beliau mencadangkan penggunaan motosikal berkuasa tinggi di Lima 09berikutan kejayaan penggunaan kenderaan itu ketika pameran udara Le Bourget di Paris baru-baru ini."Ketika berada di Paris, saya melihat bagaimana berkesannya penggunaan motosikal itu kepada pengunjung yang mahu mengelak daripada terjebak dalam kesesakan lalu lintas," katanya.Beliau menjangkakan 50,000 pelawat akan mengunjungi Lima 09. Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Tentera Udara (ACM) yang dianjurkan sempena dengan Lima 09 yang akan berlangsung mulai esok hingga 5 Dis, di sini hari ini.Turut sama pada majlis perasmian itu termasuk Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Datuk Seri Rodzali Daud. -- BERNAMA
Read More

Tiger Woods Cedera

Leave a Comment
Tiger Woods cedera apabila kenderaan SUV yang dipandunya hilang kawalan di luar kediamannya di Florida, dan polis tempatan berkata, isterinya menggunakan kayu golf untuk memecahkan cermin untuk membantunya keluar.

Pemain golf no. 1 dunia itu telah diberikan rawatan dan telah keluar dari hospital dalam keadaan baik, kata jurucakapnya.

Peronda lebuh raya Florida berkata, kenderaan Woods telah merempuh pili bomba dan sebatang pokok milik jirannya ketika baru hendak memulakan perjalanan pada pukul 2.25 pagi Jumaat.

Ketua polis Windermere Daniel Saylor memberitahu AP, para pegawainya menemui bintang PGA berusia 33 tahun itu terbaring di jalan dengan ditemani isterinya, Elin. - AP
Read More

Keputusan Pemilihan ke SBP 25 Disember

Leave a Comment
Keputusan pemilihan dan penempatan pelajar Tingkatan Satu di sekolah berasrama penuh (SBP) tahun depan akan diumumkan selewat-lewatnya 25 Disember ini. Ketua Pengarah Pelajaran, Tan Sri Alimuddin Mohd Dom, berkata semakan mengenai keputusan itu boleh dibuat melalui laman web kementerian iaitu www.moe.gov.my. "Murid Tingkatan Satu SBP dijangka akan mendaftarkan diri di kesemua 53 SBP yang ditawarkan pada 11 Jan depan," katanya dalam satu kenyataan di sini, hari ini.
Alimuddin berkata, 95,826 permohonan diterima berhubung perkara tersebut, manakala hanya 6,600 tempat saja yang boleh ditawarkan. Beliau berkata, kementerian masih mengekalkan dasar 70/30, iaitu 70 peratus tempat dikhususkan untuk murid sekolah luar bandar dan 30 peratus lagi untuk murid sekolah bandar. Katanya, keutamaan akan turut diberikan kepada anak-anak daripada keluarga berpendapatan di bawah Paras Garis Kemiskinan (PGK), di mana mereka akan dibantu dari segi bayaran persekolahan, bayaran makanan dan keperluan asrama.
"Melalui pendekatan ini murid-murid berpeluang untuk menikmati kemudahan pembelajaran yang sewajarnya supaya mereka dapat berusaha meningkatkan taraf hidup keluarga dan masyarakat, serta sesuai dengan konsep pendidikan untuk semua yang menjadi matlamat utama pendidikan negara," katanya. Menurut rekod, katanya, seramai 5,794 atau 17.6 peratus daripada 32,836 murid di SBP sehingga Oktober tahun ini telah diberikan bantuan untuk meneruskan pendidikan mereka dengan lebih sempurna.
Alimuddin berkata, pengetua SBP juga telah diberikan kuasa autonomi bagi memilih 20 peratus murid untuk ditempatkan di sekolah masing-masing, dan mereka akan memberi pertimbangan berdasarkan kebitaraan (niche area) sekolah. "Sebagai contoh sekiranya kebitaraan sekolah ialah bidang muzik, maka murid yang mempunyai kemahiran dan latar belakang muzik akan diberikan keutamaan untuk dipanggil temuduga serta menjalankan proses-proses pemilihan oleh pihak sekolah," katanya. - Bernama
Read More

Tiada Maaf Bagimu Chin Peng

Leave a Comment
Jawapan yang sebegini harus ditujukan terhadap permohonan maaf bekas Setiausaha Agung Parti Komunis Malaya (PKM) itu atas keganasan PKM kepada rakyat dan pejuang negara suatu ketika dahulu. Dia memang tidak layak langsung untuk memasuki semula ke Malaysia & semua rakyat Malaysia sangat membenci apa yang PKM lakukan terhadap rakyat negara ini dahulu. Kesimpulannya, rakyat Malaysia selamanya tidak akan memaafkan Chin Peng.
Read More

Charlie Chaplin

Leave a Comment
Rumah terakhir Charlie Chaplin di Switzerland akan berubah menjadi muzium kekal bagi mengabadikan wataknya dalam salah sebuah lagunya, Little Tramp untuk tatapan para peminatnya yang berkunjung ke situ.

Los Angeles dan London telah memilih kediaman mewah Corsier-sur-Vevy di tepi Tasik Geneva itu sebagai tapak muzium pertama yang didedikasikan khusus untuk lagenda skrin itu, kata Michael Chaplin.

Muzium yang telah dirancang hampir satu dekad lalu itu dijadual akan siap sepenuhnya dalam masa dua tahun lagi, katanya.

Semua perkara yang berkaitan dengan hidup Chaplin serta kejayaannya sebagai bintang sama ada melalui lagu-lagu dan filem-filem era di London hingga ke Hollywood akan dipamerkan di muzium berkenaan. - AP
Read More

The Fairest Solution Of France-Ireland Replay : Thierry Henry

Leave a Comment
France captain Thierry Henry said in a statement today that “the fairest solution” to the row surrounding his handball in the World Cup playoff against Ireland would be to replay the match.
“Of course the fairest solution would be to replay the game, but it is not in my control,” Henry said, in a statement sent to Sky Sports News in Britain and other media. - AFP
Read More

Jangan mimpi nak anjur Olimpik

Leave a Comment
Malaysia perlu memperbanyakkan jaguh bertaraf Asia serta atlet yang layak ke Olimpik sebelum berangan-angan untuk menjadi tuan rumah untuk sukan tersebut.

Setiausaha Kehormat Majlis Olimpik Malaysia (MOM), Datuk Sieh Kok Chi berkata, ini adalah antara syarat utama bagi menganjurkan sukan tersebut kerana sebagai negara tuan rumah, Malaysia perlu mempunyai kelompok besar jaguh Olimpik serta kerap memenangi pingat emas pada temasya tersebut.

"Itu merupakan syarat yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Olimpik Antarabangsa (IOC) kepada negara yang berminat menjadi tuan rumah," katanya semalam.
Beliau berkata, walaupun Malaysia mampu menyediakan infrastruktur sukan bertaraf Olimpik, faktor tersebut perlu diambil kira. - BERNAMA
Read More

Nik Aziz Perlu Bertanggungjawab

Leave a Comment
Menteri Besar Kelantan, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat perlu bertanggungjawab dengan kekeliruan dan semaraknya perpecahan di kalangan umat Islam yang dicetuskan oleh kenyataan-kenyataan berhubung agama yang disesuaikan dengan kepentingan politiknya.Pengasas Pondok Geting, Abdullah Sa’amah, 64, berkata, sudah sampai masa baginya membuat teguran secara terbuka, biar pun akan dimusuhi kerana tindak-tanduk Mursyidul Am Pas sudah keterlaluan dan diselubungi rasa takbur.Beliau yang juga Ahli Majlis Tertinggi Persatuan Pondok Kelantan berkata, banyak kenyataan Nik Abdul Aziz tidak bersandarkan ijtihad ulama dan mentafsirkan Al-Quran berdasarkan pemahaman sendiri yang sentiasa disesuaikan dengan kepentingan tertentu.“Bagi saya, beliau bukan lagi Mursyidul Am tapi Mudalilul Am (Penyesat Umum). Beliau orang yang sesat, itu hakikatnya,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di pondoknya di sini, semalam.-Sinar Harian
Read More

Hari Lahir Yg Ke 24

Leave a Comment
Hari ini aku menyambut hari lahir yg ke 24. Semoga apa yang aku hajatkan untuk masa hadapan akan terlaksana & diberkati oleh Allah.Teruskan usaha sehingga berjaya.Amin...
Read More

65,853 Pelajar Duduki SPM

1 comment
Sejumlah 465,853 calon menduduki peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) di 3,569 pusat peperiksaan di seluruh negara mulai hari ini, dengan 23,864 petugas disediakan untuk mengendalikan peperiksaan itu sehingga 16 Dis ini.Daripada jumlah itu, calon kementerian adalah seramai 406,420 orang, calon persendirian (32,561), calon Maktab Rendah Sains MARA (MRSM) dan Sekolah Perantis Tentera (7,071), Sekolah Agama Negeri 8,765 manakala Sekolah Agama Rakyat dan sekolah swasta 11,036 orang.Menurut jurucakap Bilik Gerakan SPM di Putrajaya, berikutan musim tengkujuh kini, semua Pengarah Jabatan Pelajaran Negeri dan Pengetua sekolah di minta mengikut garis panduan Operasi Payung semasa peperiksaan SPM berlangsung.Sekolah-sekolah yang berisiko tinggi menghadapi banjir perlu menyediakan bilik peperiksaan alternatif yang lebih selamat termasuk mengenal pasti calon yang mungkin diancam banjir bagi memudahkan sebarang bentuk bantuan seperti tempat tinggal, makanan dan keperluan asas dapat disalur atau disediakan dengan segera.-Sinar Harian
Read More

Kes Bicara Dr. Asri 5 Januari Depan

Leave a Comment
Mahkamah Rendah Syariah Gombak Timur menetapkan tarikh 5 Januari depan untuk perbicaraan kes bekas Mufti Perlis, Dr. Mohd. Asri Zainul Abidin yang mengaku tidak bersalah atas tuduhan mengajar perkara mengenai Islam tanpa tauliah. - Utusan
Read More

Tujuh Laman Web Dapat Lima Bintang

Leave a Comment
Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, maklumat daripada laporan “Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009” itu ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

"Semua ketua jabatan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan imej mereka dan mendapatkan semula keyakinan rakyat.”

"Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar “Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian: Amalan Utama Untuk Berubah” di sini hari ini. - Bernama
Read More

69,760 Graduan IPTA Daftar Dengan JobsMalaysia

Leave a Comment
Portal penjodohan pekerjaan automatik, JobsMalaysia merekodkan 69,760 graduan Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA) sebagai pendaftar baru tahun ini sehingga 13 November lepas.
Timbalan Menteri Sumber Manusia, Datuk Maznah Mazlan berkata, daripada jumlah itu, seramai 18 orang memiliki Ijazah Kedoktoran, 1,165 Sarjana, 36,985 Ijazah dan 31,592 Diploma.
"Jumlah pencari kerja ini bagaimanapun tidak menggambarkan jumlah sebenar pengangguran di kalangan graduan kerana ada di antara mereka telah bekerja dan berhasrat untuk mendapatkan pekerjaan lebih baik atau bertukar tempat kerja,” katanya menjawab soalan Datuk Baharum Mohamed (BN-Sekijang) pada persidangan Dewan Rakyat di sini hari ini.
Baharum mahu mendapatkan penjelasan mengenai bilangan graduan IPTA menganggur yang berdaftar dengan portal yang diwujudkan oleh Kementerian Sumber Manusia itu.
Maznah berkata, sejumlah 73,308 pekerjaan didaftarkan di portal itu tahun ini dan seramai 19,127 graduan atau 26.09 peratus telah mendapat pekerjaan melalui sistem itu. - Bernama
Read More

Jagung Hibrid “1Kota Marudu” Ditanam

Leave a Comment
Sejenis jagung hibrid, dinamakan Jagung 1Kota Marudu, yang menggunakan baja bio bagi menghasilkan buah lebih besar, manis dan rapuh serta boleh dimakan mentah, akan ditanam di Kota Marudu, daerah yang terkenal dengan tanaman jagung.

Tanaman percubaan jagung jenis “Summer Sweet” dari Taiwan dengan menggunakan teknologi baja bio keluaran syarikat Malaysia, All Cosmos Industries Sdn. Bhd., menghasilkan kejayaan dan tanaman di kawasan seluas 0.4 hektar di Pusat Latihan Pertanian Damai di sini dituai semalam.

Pada majlis penuaian jagung itu, Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Datuk Seri Dr Maximus Ongkili turut menyaksikan majlis menandatangani perjanjian persefaham antara Penolong Pengarah Jabatan Pertanian John Gumpil dan Ketua Pegawai Operasi All Cosmos Industries Lim Tau Boon bagi pemindahan teknologi.

"Kami mahu mengekalkan tanaman jagung yang dihasilkan di daerah ini supaya ia terus dikenali dengan tanaman jagung. Petani yang menggunakan benih jagung hibrid ini akan diajar cara yang betul untuk menanamnya dan mereka yang menjualnya pula diajar bagaimana hendak membakarnya,” katanya.

Dr. Ongkili akan melancarkan jenis jagung baru pada Ahad ini pada Pesta Jagung yang menjadi acara tahunan di daerah itu.

Pesta Jagung, selama dua hari, yang diadakan bermula 2002, akan diadakan di Padang Kota Marudu dengan pelbagai aktiviti termasuk Pertandingan Ratu Jagung, sukan komuniti, pertandingan memasak dan pameran pertanian serta mencatat percubaan membakar 5,000 tongkol jagung dalam masa 15 minit ke dalam Malaysia Book of Records. - Bernama
Read More

3 Lelaki Makan & Jual Daging Manusia

Leave a Comment
Polis Rusia menahan tiga orang jalanan yang disyaki memakan lelaki berusia 25 tahun yang disembelih mereka dan menjual cebisan lain kepada kedai kebab.

Rasa curiga meningkat ekoran penemuan beberapa anggota badan manusia berhampiran stesen bas di luar bandar Perm, 1,150 kilometer ke timur Moscow.

Ketiga-tiga suspek yang mempunyai rekod jenayah ditahan kerana disyaki membunuh mangsa dengan menggunakan pisau dan tukul sebelum memotong dan memakannya, menurut peguam unit penyiasat rantau Perm dalam satu kenyataan, semalam . – Reuters
Read More

Manusia Tertua Di Dunia

Leave a Comment
Seorang wanita berumur 125 tahun yang boleh dikategorikan sebagai manusia tertua yang pernah direkodkan ditemui di kawasan pedalaman Kurdish, Turki, semalam.

Halime Solmaz dilahirkan pada 1 Julai 1884 dan tinggal di perkampungan Besiri, kata pengarah pejabat pendaftaran, Irfan Ertas kepada akhbar Turki.

Menurut Kumpulan Penyelidik Gerontologi yang beribu pejabat di Los Angeles – diiktiraf oleh Guinness Book of World Record – manusia tertua ketika ini ialah seorang wanita Perancis, Jeanne Calment yang meninggal pada 1997 ketika berusia 122 tahun 164 hari. – AFP
Read More

Hujan Lebat di Pahang & Johor

Leave a Comment
Jabatan Meteorologi mengeluarkan amaran kemungkinan banjir di kawasan rendah di Pahang dan Johor berikutan hujan lebat di kedua-dua negeri itu dijangka berterusan sehingga pagi esok.

Daerah yang terlibat di Pahang ialah Kuantan, Jerantut, Pekan, Rompin, Maran, Bera, Temerloh, manakala di Johor ialah Mersing dan Kluang.
Jabatan itu dalam kenyataan di sini hari ini turut mengekalkan amaran hujan lebat peringkat kuning di Kelantan, Terengganu dan Pahang yang diramai sehingga Khamis (19 Nov) serta di Perak dan Kedah mulai malam Isnin (16 Nov.) hingga Jumaat (20 Nov.).

Di Kelantan, kawasan yang terlibat ialah Tumpat, Kota Bharu, Bachok, Pasir Puteh, Machang Tanah Merah, Kuala Krai, Jeli Gua Musang, manakala di Terengganu Daerah Besut, Setiu, Kuala Terengganu, Marang, Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.

Manakala di Perak, kawasan yang terlibat ialah Hulu Perak, Kuala Kangsar, Larut, Matang dan Kerian. - Bernama
Read More

Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) 2010

Leave a Comment
Seramai 146,000 pelatih dari seluruh negara disenaraikan untuk mengikuti Program Latihan Khidmat Negara (PLKN) bagi kumpulan satu siri 7/2010 yang bermula pada 2 Januari tahun depan.
Ketua Pengarah Jabatan Latihan Khidmat Negara (JLKN), Datuk Abdul Hadi Awang Kechil berkata, notis panggilan pelatih bagi kumpulan tersebut akan diedarkan pada 23 November ini. - Utusan
Read More

KD Gempita di Selat Melaka

Leave a Comment
Kapal Kelas Penyerang Laju (Misil) buatan Sweden, KD Gempita, hari ini, melancarkan penembakan misil jenis EXOCET MM38 yang berjaya memusnahkan sasaran permukaan (STB) yang berukuran 40 meter.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata misil jenis EXOCET MM38 dilancarkan pada pukul 10.30 pagi tadi di utara perairan Selat Melaka yang di bawah pemerintahan Lt Komander Md Zaman Hassan membuktikan kesiagaan dan keupayaan Armadanya.

"Sasaran terapung guna semula tersebut merangkumi barge dan enam kontena bersaiz 40 kaki. Misil mengenai tepat sasaran dan impak serta letupan menyebabkan empat kontena tercampak ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sistem misil EXOCET MM38 diperoleh TLDM adalah jenis peluru berpandu permukaan ke permukaan mempunyai berat keseluruhan 735 kilogram, panjang 5.21 meter dan diameter 35 sentimeter mampu memusnahkan pelbagai jenis sasaran permukaan termasuk kapal yang bersaiz besar.

Menurut kenyataan itu, penembakan misil EXOCET MM38 ke atas sasaran STB adalah aktiviti kemuncak latihan di laut kapal-kapal TLDM. - Bernama
Read More

Serbia Isytihar H1N1 Sebagai Pandemik

Leave a Comment
Kementerian Kesihatan Serbia semalam mengumumkan wabak selesema babi sebagai pandemik, pengisytiharan yang diharap dapat membantu membendung wabak itu daripada terus merebak di negara Balkan ini.
Pengumuman itu bermakna perhimpunan awam besar boleh diharamkan; sekolah boleh ditutup dan lawatan ke hospital dilarang.
Menurut kementerian tersebut, wabak influenza A (H1N1) baru-baru ini memuncak secara mendadak dengan kes yang disahkan sebanyak 258 serta tujuh kematian iaitu meningkat kira-kira 130 kes dan dua kematian pada awal November lalu. – AP
Read More

Langkah Proaktif Melonjakkan IT Di Malaysia

2 comments
DALAM usaha menyediakan komponen teknologi utama kepada rakyat, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak semalam menekankan dua langkah:

Terus mengukuhkan infrastruktur komunikasi negara yang canggih menghubungkan 1.2 juta isi rumah dan premis perniagaan menggunakan gentian optik. Jaringan jalur lebar berkelajuan tinggi itu akan membolehkan mereka disambungkan dengan Internet berkelajuan tinggi antara 10 megabait sesaat hingga 1 gigabait sesaat.

Merancang mewujudkan sebuah pusat praktikal teknologi maklumat (IT) mirip model pusat perisian Infosys ternama di Bangalore, India. Melalui pusat ini, siswazah lepasan IT dapat mengikuti latihan kemahiran tinggi sebelum menceburi bidang pekerjaan dengan gaji lumayan.
Read More

1,989 Mangsa Banjir Kedah

Leave a Comment
Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah menurun kepada 1,989 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,060 malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah Kota Setar paling teruk terjejas apabila seramai 865 mangsa melibatkan 247 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Seramai 580 mangsa membabitkan 139 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di satu pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau diikuti dengan Kubang Pasu 440 orang (103 keluarga) dan Padang Terap dengan 104 orang (22 keluarga).
Sementara itu, bacaan paras air dua sungai di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatatkan 4.29 meter (paras bahaya 3.8 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.43 meter (bahaya 2.00 meter). - Bernama
Read More

Negeri Sembilan Juara Piala Malaysia

Leave a Comment
SELEPAS 61 tahun menanti, Negeri Sembilan akhirnya berjaya muncul juara Piala Malaysia 2009 dengan menewaskan Kelantan 3-1 pada perlawanan akhir, malam tadi.

Selepas tiga kali mencuba, baru tahun ini Negeri Sembilan yang dibimbing oleh Wan Jamak Wan Hassan dapat menebus kegagalan tewas kepada Perak dan Perlis pada tahun 2000 dan 2006 lalu. -Utusan
Read More

Kuala Nerang Banjir

1 comment
Sekali lagi Kuala Nerang banjir. Air di sungai dah pun melimpah naik ke jalan raya tambah-tambah lagi apabila hujan turun tidak henti-henti. Aku tidak dapat pergi ke tempat kerja maka aku melawat ke Pusat Jalur Lebar Komuniti (PJK) yang terdekat. Kontraktor pun tidak dapat menginstall sistem ke dalam komputer maka masa untuk tempat aku beroperasi secara sepenuhnya akan menjadi lambat lagi. Aku berharap hujan akan berhenti dan banjir pun surut untuk memulakan kehidupan sehari-hari dengan sempurna.
Read More

Gempa 6.0 Richter Gegar Kepulauan Azores, Portugal

Leave a Comment
Gempa bumi kuat berukuran 6.0 Richter menggegarkan Kepulauan Azores di Lautan Atlantik, awal pagi tadi. Agensi Penyelidikan Geologikal Amerika Syarikat (USGS) melaporkan, gempa berlaku di 445 kilometer (km) di selatan kepulauan berkenaan di kedalaman 10km, jam 4.41 petang waktu tempatan (1841 GMT). Kepulauan terpencil itu terletak 1,500km dari Lisbon dan didaimi kira-kira 240,000 penduduk. - AFP
Read More

Sistem e-Kasih

Leave a Comment
Sistem e-Kasih akan tetap menjadi panduan utama kerajaan dalam menentukan seseorang pelajar sekolah itu layak menerima bantuan kewangan atau sebaliknya.
Timbalan Menteri Pelajaran, Dr. Mohd. Puad Zarkashi berkata, sistem yang dikeluarkan oleh Jabatan Perangkaan Negara itu lebih adil apabila ia berjaya menghakis berlakunya ketirisan dalam kerajaan mengeluarkan wang untuk bantuan pelajar sekolah.
Katanya, ia terbukti berjaya apabila berdasarkan bajet 2010 yang dibentangkan oleh Perdana Menteri baru-baru ini, kerajaan hanya mengeluarkan wang sejumlah RM2.8 bilion berbanding RM3.6 bilion bagi 2009. - Utusan
Read More