Kursus Pengurus Pusat Jalurlebar Komuniti

Leave a Comment
Semua Pengurus PJK akan menjalani kursus selama 2 minggu bermula 11 - 24 Oktober 2009 di Hotel Holiday Villa, Subang, Selangor bagi memberikan pendedahan berguna untuk menggerakkan pusat tersebut dan dapat memberikan ilmu berkaitan teknologi maklumat kepada penduduk di sekitarnya. Selamat menjalani kursus kepada semua pengurus.
Read More

Jambatan Kedua Pulau Pinang

Leave a Comment
Kerja-kerja pembinaan bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan mengikut jadual walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal pelaksanaan projek itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pakej satu dan dua projek itu masing-masing dengan kos sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion dijangka siap sebelum 2013.

"Projek ikonik bagi Pulau Pinang ini diuruskan secara profesional oleh profesional, setakat ini tujuh peratus kerja-kerja pembinaan telah berlangsung.

"Dengan siapnya projek ini perkhidmatan pengangkutan Pulau Pinang akan menjadi lebih cekap dan dapat memberi kesan yang baik kepada ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula di Jeti Batu Maung hingga ke Jeti Pulau Aman di Batu Kawan di sini hari ini.-Bernama

Read More

Harga Telur Ayam Turun

Leave a Comment
Harga telur ayam di Semenanjung turun dua sen berkuatkuasa esok.

Menurut kenyataan Persekutuan Persatuan-persatuan Penternak Malaysia hari ini, harga telur gred AA akan dijual pada harga 24.5 sen berbanding 26.5 sen pada masa ini, gred A 24 sen (26 sen), gred B 23 sen (25 sen), gred C 22 sen (24 sen), gred D 21 sen (23 sen) dan gred E 20 sen (22 sen).

Harga baru itu adalah berdasarkan kepada permintaan pasaran dan bekalan, kata kenyataan itu.

— BERNAMA

Read More