Manchester United 2 - 1 Arsenal

1 comment
Arsenal tewas 2-1 kepada Manchester United dalam perlawanan Liga Perdana Inggeris awal pagi tadi.

Manchester memperolehi gol hasil sepakan penalti Wayne Rooney pada minit ke-58 dan jaringan gol sendiri oleh pemain Arsenal Vassiriki Diaby pada minit ke-63.

Gol Arsenal pula dijaringkan oleh Andrey Arshavin pada minit ke-39 perlawanan.

Read More

H1N1 Serang Paru-Paru

Leave a Comment
Doktor di seluruh dunia melaporkan kes-kes selesema babi dalam bentuk teruk yang terus menyerang paru-paru, menyebabkan pesakit yang biasanya golongan muda mengalami kegagalan sistem pernafasan yang serius sehingga memerlukan rawatan rapi berpanjangan di hospital.

Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) dalam laporan terkininya semalam mengenai pandemik itu berkata, beberapa negara melaporkan sehingga 15 peratus pesakit yang dimasukkan ke hospital kerana dijangkiti virus influenza A (H1N1) memerlukan rawatan rapi.

Masalah itu menimbulkan lagi bebanan ke atas sistem penjagaan kesihatan yang sudah pun tertekan, menurut WHO.

"Langkah-langkah persiapan perlu diambil bagi menghadapi kemungkinan meningkatnya permintaan terhadap unit penjagaan rapi yang dijangka tidak dapat menampung lonjakan tiba-tiba dalam bilangan kes teruk," ujar WHO.

Bentuk selesema yang teruk seperti selesema babi itu jarang dilihat dalam kes jangkitan selesema bermusim.

"Di kalangan pesakit HIN1, virus itu terus menyerang paru-paru, menyebabkan kegagalan pernafasan yang teruk. Menyelamatkan nyawa mangsa memerlukan rawatan sangat khusus dalam unit rawatan rapi, selalunya bagi tempoh lama dan melibatkan kos tinggi," kata WHO. - Reuters
Read More

Hukuman Sebat Kartika Selepas Ramadhan

Leave a Comment
Hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijangka dilaksanakan selepas Ramadan sekiranya Jabatan Penjara sudah bersedia dengan kemahiran berdasarkan undang-undang Syariah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebih-lebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman.

“Kita tangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana kita tidak boleh lakukan hukuman tersebut tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi oleh kita...mata dunia kini menumpukan kepada kes ini maka Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dahulu.

“Tetapi jika Kartika tetap tidak mahu membuat rayuan bagi mengelakkan hukuman sebat berkenaan, maka pihak penjara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjalankan hukuman tersebut selepas berakhirnya Ramadan,” katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia-Australia mengenai Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang di sini hari ini. - Bernama

Read More

H1N1 : 69 Kematian

Leave a Comment
Seorang wanita berusia 38 tahun menjadi korban terbaru virus H1N1 sekaligus menjadikan jumlah kematian akibat virus itu di negara ini meningkat kepada 69 orang.

Menteri Kesihatan, Datuk Seri Liow Tiong Lai, berkata mangsa sebelum ini mendapatkan rawatan di klinik swasta pada 13 Ogos selepas menghidapi demam dan batuk selama dua hari.

Katanya, daripada ujian segera yang dijalankan, mangsa turut didapati positif Influenza A dan diberikan rawatan simptomatik tanpa melibatkan rawatan antiviral Tamiflu.

"Lima hari selepas menerima rawatan untuk Influenza A, pesakit mendapatkan rawatan di hospital swasta pada 20 Ogos selepas mengalami sesak nafas secara tiba-tiba dan 'cyanosis'.

"Mangsa dirujuk ke Hospital Kuala Lumpur dan diberikan rawatan Tamiflu, namun disahkan meninggal dunia pada 20 Ogos akibat pneumonia dan keputusan swab tekak pada 20 Ogos mengesahkan mangsa positif H1N1," katanya selepas taklimat media di sini.

Liow berkata, 1,455 pesakit penyakit seperti influenza (ILI) sedang dirawat di 85 buah hospital, termasuk empat hospital swasta di seluruh negara.

"Daripada jumlah itu, hanya 285 pesakit disahkan menghidap H1N1, dengan 39 daripadanya dirawat di Unit Rawatan Rapi (ICU), termasuk dua kemasukan baru.

"Daripada 39 kes itu, 33 kes membabitkan pesakit yang berisiko iaitu penyakit kronik, obesiti, diabetes, kanak-kanak/bayi, penyakit respiratori kronik, postnatal dan Sindrom Down," katanya. - Bernama

Read More

Majlis Konvokesyen Ke - 43 UTM

2 comments

IJAZAH SARJANA MUDA SAINS (REMOTE SENSING)

Akhirnya....Setelah menunggu hampir setahun dapatlah aku konvo jugak pada 18 Ogos 2009...Penghargaan yang tidak terhingga kepada abah, mak, adik-adik, kawan-kawan, pensyarah & semuanya yang telah memberikan sokongan & dorongan semasa mengikuti pengajian di UTM....Pada masa sekarang mesti menumpukan terhadap kerjaya & meneruskan misi yang seterusnya....Tahniah kepada kawan-kawan yang jugak konvo pada kali ini....Chaiyok2...
Read More

Ramadhan 1430 Hijrah

Leave a Comment
Selamat berpuasa semua pada tahun 2009 ini. Semoga mendapat keberkatan di bulan yang mulia ini.
Read More

Schumacher Tarik Diri

Leave a Comment
Luc Badoer dari Itali akan menjadi pemandu Ferrari untuk perlumbaan Grand Prix Eropah di Valencia selepas Michael Schumacher menarik diri untuk beraksi semula dalam Formula Satu.

Badoer, 38, yang juga pemandu uji bagi Ferrari sebelum ini telah disebut-sebut oleh media Itali sebagai pengganti Felipe Massa yang terlibat dalam kemalangan pada Grand Prix Hungary dua minggu lalu.

Dia menyertai Scuderia Ferrari sebagai pemandu uji sejak 1998.

Schumacher yang sebelum ini bersetuju untuk menggantikan Massa, tetapi membatalkan hasrat untuk kembali beraksi selepas kecederaan akibat kemalangan motosikal yang dialami awal tahun ini masih menghantuinya.

Katanya, para pegawai Ferrari telah dimaklumkan mengenainya petang semalam. - AP

Read More

Permatang Pasir: Penamaan 17 Ogos, pengundian 25 Ogos

Leave a Comment
Suruhanjaya Pilihanraya (SPR) menetapkan tarikh penamaan calon pilihanraya DUN Permatang Pasir, Pulau Pinang pada 17 Ogos ini manakala hari pengundian pada 25 Ogos.

Demikian diumumkan oleh Pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Aziz Mohd Yusof hari ini.

- Utusan

Read More

Hormati Perlembagaan Persekutuan

Leave a Comment
Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tan Sri Dr Koh Tsu Koon berkata seluruh rakyat hendaklah menerima dan menghormati Perlembagaan Persekutuan secara menyeluruh bagi merealisasikan gagasan 1Malaysia.

“Kita mestilah menerima dan menghormati Perlembagaan secara menyeluruh termasuk semua fasal, peruntukan dalam Perlembagaan termasuk Artikel 153 mengenai kedudukan istimewa orang Melayu serta Bahagian 3 iaitu mengenai kewarganegaraan.

“Itu semua penting dan kita mesti ada satu pandangan yang holistik dan seimbang di mana penggubal Perlembagaan dan pengasas negara telah meletakkan satu asas kukuh yang mengambil kira fakta sejarah, politik dan ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas berucap pada persidangan Tahunan Pemimpin-Pemimpin Pelajar Malaysia kali ketiga di sini hari ini.

Koh, yang juga Presiden Gerakan, berkata negara kini berhadapan dengan cabaran getir dan semangat daripada perlembagaan ini perlulah diambil bagi menyatupadukan rakyat berbilang kaum.

“Apa yang mencabar sekarang ialah bagaimana kita dapat menggunakan dan memperkasakan semangat ini (perlembagaan) untuk menyatupadukan rakyat Malaysia mengikut gagasan 1Malaysia. Perbezaan atau kepelbagaian (kaum) dianggap sebagai sesuatu yang tidak menghalang perpaduan,” katanya. - Bernama

Read More

Tindakan Drastik Kawal H1N1

Leave a Comment
Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak akan mengadakan pertemuan dengan Menteri Kesihatan Datuk Seri Liow Tiong Lai esok bagi membincangkan mengenai langkah lebih ketat dan drastik bagi mengawal penularan virus Influenza A (H1N1) di negara ini.

Najib berkata beliau akan mendapatkan pandangan dan cadangan Kementerian Kesihatan dahulu sebelum tindakan selanjutnya diambil.

“Mereka (Kementerian Kesihatan) ada task force (pasukan petugas), lepas itu baru kita buat keputusan,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan persidangan perwakilan UMNO Bahagian Ampang di sini hari ini.

Perdana Menteri yang bimbang dengan peningkatan kes kematian akibat virus itu setiap hari, berkata tindakan drastik seperti membatalkan sebarang perjumpaan secara terbuka mungkin akan dibuat jika virus ini terus menular dengan cepat.

“Masalahnya kita ini kalau hendak buat sesuatu ia melibatkan tindakan seperti membatalkan perjumpaan secara terbuka, tetapi banyak keperluan untuk diadakan seperti mesyuarat Umno dan parti-parti lain serta kegiatan rakyat.

“Tetapi kalau perlu kita buat sesuatu yang lebih drastik, kita kena buatlah nampaknya, kita tidak boleh biarkan perkara ini,” katanya. - Bernama

Read More

7 Wasiat Raja Melayu

Leave a Comment
Raja Muda Perak, Raja Dr. Nazrin Shah hari ini mengingatkan rakyat khususnya orang Melayu mengenai tujuh wasiat raja-raja Melayu yang menjanjikan kesejahteraan, kedamaian dan keamanan jika mereka bersatu dan berpegang teguh kepadanya.

Wasiat yang disampaikan semasa raja-raja Melayu menurunkan tandatangan persetujuan pembentukan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu pada 5 Ogos 1957 itu ialah:

* Kami namakan dan kami panggil akan dia, bumi yang kamu pijak dan langit yang kamu junjung Persekutuan Tanah Melayu (sekarang dikenali dengan nama Malaysia).
* Kami isytiharkan dan kami simpan untuk kamu dan kami benarkan kamu isytihar dan simpan untuk anak cucu kamu, selain gunung-ganang, tasik dan hutan simpan, Tanah simpanan Melayu sehingga nisbah 50 peratus, selebihnya kamu rebutlah bersama-sama kaum lain.
* Bagi menjaga kamu dan bagi melindungi anak cucu kami serta harta milik kamu, kami tubuhkan Rejiman Askar Melayu selain untuk membanteras kekacauan dalam negara dan ancaman dari luar negara.
* Kami kekalkan dan kami jamin kerajaan dan kedaulatan raja-raja Melayu memerintah negara ini.
* Kami isytiharkan Islam adalah agama Persekutuan.
* Kami tetapkan bahasa kebangsaan ialah bahasa Melayu.
* Kami amanahkan dan kami pertanggungjawabkan kepada raja-raja Melayu untuk melindungi kedudukan istimewa orang Melayu dan kepentingan sah kaum-kaum lain (kemudian ditambah kedudukan istimewa anak negeri Sabah dan Sarawak).
Read More

Perlis Kurang Gula

2 comments
Perlis yang merupakan antara negeri pengeluar utama gula kini mengalami kekurangan gula sehingga menimbulkan keresahan orang ramai.

Pengerusi Jawatankuasa Pertanian dan Industri Asas Tani Negeri, Sabry Ahmad mengesahkan kekurangan bekalan dikesan lebih seminggu lalu.

Perlis memiliki lebih 8,000 hektar ladang tebu di Chuping.

Sehubungan itu, kerajaan negeri akan berbincang dengan Kilang Gula Felda Chuping, satu-satunya pengilang gula di Perlis untuk mencari jalan penyelesaian, kata Sabry.

Beliau berkata pengilang perlu menyediakan kuota khas untuk Perlis bagi memastikan kekurangan itu dapat diatasi.

Pengerusi Persatuan Pengguna Perlis, Seruandi Saad meminta kerajaan negeri segera bertindak bagi mengatasi masalah kekurangan gula yang mula menimbulkan kegelisahan orang ramai terutama bagi menghadapi bulan puasa tidak lama lagi.

Perlis merupakan antara negeri di wilayah utara yang dilaporkan mengalami kekurangan gula.

— BERNAMA

Read More

Mangsa Ketujuh H1N1

Leave a Comment
Seorang ibu yang baru bersalin dua minggu lepas di Sarawak menjadi korban ketujuh influenza A (H1N1).

Mangsa terbaru berusia 23 tahun itu yang meninggal dunia di Unit Rawatan Rapi Hospital Miri pukul 4.00 pagi ini selepas mengidap pneumonia yang teruk, merupakan kes kematian pertama di negeri itu.

Ketua Pengarah Kesihatan, Tan Sri Dr. Mohd. Ismail Merican berkata, pesakit itu telah bersalin di hospital yang sama pada 21 Julai lepas.

“Selepas bersalin, beliau didapati mengidap pneumonia yang teruk dan disahkan menghidap jangkitan influenza A (H1N1) pada 23 Julai lepas. “Simptom utama beliau adalah demam dan batuk yang telah bermula empat hari sebelum bersalin. Bayi pesakit didapati selamat dan disahkan bebas daripada jangkitan influenza A (HINI),” kata beliau.

Sejumlah 17 kes baru turut dilaporkan hari ini, kesemuanya kes tempatan dan melibatkan warga Malaysia, menjadikan kes terkumpul sehingga 8 pagi ini sebanyak 1,446 kes dengan 97 peratus telah sembuh.

Hanya 29 kes yang menerima rawatan antiviral di hospital manakala sembilan lagi menerima rawatan di rumah. - Bernama

Read More