Tun M Iktiraf Pucuk Pimpinan Baru UMNO - Najib

Leave a Comment
Presiden Umno Datuk Seri Najib Tun Razak menyifatkan hasrat bekas perdana menteri dan presiden Umno Tun Dr Mahathir Mohamad kembali semula ke dalam Umno sebagai pengiktirafan kepada barisan pucuk pimpinan Umno yang baru.

“Kehadiran Tun (Dr) Mahathir menunjukkan wujudnya penyatuan kembali anggota serta kesepaduan baru dalam parti ini dan diharapkan ini akan menyemarakkan parti untuk mengorak langkah ke hadapan dengan agenda pembaharuan,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang akhbar selepas berakhirnya Perhimpunan Agung Umno 2008 yang berlangsung selama lima hari di Pusat Dagangan Dunia Putra (PWTC) di sini hari ini.

Dr Mahathir hari ini berkata beliau akan kembali menyertai Umno dan akan mengumumkan tarikh itu pada satu masa yang sesuai ’selepas beberapa perkembangan’.

Sebelum itu, beliau dan isteri Tun Dr Siti Hasmah Mohd Ali membuat kejutan, apabila hadir untuk mengikuti sesi penggulungan Perhimpunan Agung Umno di Dewan Merdeka, PWTC.

Bekas perdana menteri itu tiba kira-kira pukul 12.30 tengah hari sewaktu ucapan penggulungan Timbalan Presiden Umno yang baru, Tan Sri Muhyiddin Yassin, lantas disambut dengan tepukan gemuruh para anggota perwakilan.

“Saya percaya Tun boleh memberi pandangan dan nasihat dari masa ke semasa.

Sebab itulah saya dah ajukan untuk berjumpa kedua-dua mereka (Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi) untuk berbincang masa depan parti dan negara,” kata Najib.

Ditanya sama ada beliau akan memberi apa-apa peranan kepada Dr Mahathir dan Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi selepas menjadi Perdana Menteri, Najib berkata:

“Akan ada peranan tertentu tetapi kami akan bercakap mengenainya kemudian. Saya belum lagi mengambil alih jawatan. Kenapa anda cepat membuat kesimpulan?"

— BERNAMA

Read More

Sah Muhyiddin Timbalan Presiden UMNO

Leave a Comment
Tan Sri Muhyiddin Yassin diisytiharkan menang Timbalan Presiden UMNO selepas menewaskan Tan Sri Muhammad Muhd. Taib pada pemilihan pucuk pimpinan parti sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 di sini hari ini.
Muhyiddin menang dengan memperoleh 1,575 undi sementara Muhammad mendapat 919 undi.
Keputusan diumumkan pada pukul 10.40 malam ini.
Pemilihan pucuk pimpinan parti bagi jawatan Timbalan Presiden, Naib Presiden dan ahli Majlis Tertinggi diputuskan oleh 2,519 perwakilan. - Utusan.
Read More

Zahid, Hishammuddin, Shafie Naib Presiden UMNO

Leave a Comment
Datuk Seri Dr. Ahmad Zahid Hamidi, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein dan Datuk Seri Mohd. Shafie Apdal telah dipilih untuk mengisi tiga kerusi Naib Presiden pada pemilihan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 hari ini.
Zahid memperoleh 1,592 undi, Hishammuddin dengan 1,515 undi manakala Shafie mendapat 1,445 undi.
Lima lagi calon ialah Datuk Seri Mohamed Khaled Nordin, Tan Sri Mohd. Isa Samad, Tan Sri Rahim Tamby Chik, Datuk Seri Syed Hamid Albar dan Datuk Seri Dr. Rais Yatim. - Utusan
Read More

25 Ahli Majlis Tertinggi UMNO dipilih

Leave a Comment
Berikut adalah senarai Ahli Majlis Tertinggi UMNO yang dipilih sempena pemilihan pucuk pimpinan sempena Perhimpunan Agung UMNO 2008 yang diadakan di sini hari ini.
1. Mustapa Mohamad
2. Noh Omar
3. Musa Aman
4. Azian Osman
5. Zainal Abidin Osman
6. Md. Zain Mohamad
7. Ismail Sabri Yaakob
8. Lajim Ukin
9. Shaziman Abu Mansor
10. Puad Zarkashi
11. Tajuddin Abdul Rahman
12. Idris Haron
13. Latiff Ahmad
14. Jamaluddin Jarjis
15. Saifuddin Abdullah
16. Noraessah Mohamad
17. Mahdzir Khalid
18. Husni Hanadzlah
19. Hamzah Zainuddin
20. Bung Moktar Radin
21. Awang Adek Awang Hussein
22. Zulhasnan Rafique
23. Ahmad Shabery Cheek
24. Idris Jusoh
25. Abdul Azeez Abdul Rahim
Read More

RazakSat - Satelit Malaysia Kedua

Leave a Comment
Peralatan satelit kedua negara, RazakSat akan dipasang dan diuji hari ini sebelum dilancarkan secara rasmi ke orbit Hampir Khatulistiwa (NEqo) dari tapak pelancar di Bucholz Army Airfield, Pulau Kwajalein berhampiran Guam, Amerika Syarikat pada 21 April ini.

Ketua Pegawai Eksekutif Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB), Datuk Dr. Ahmad Sabirin Arshad memberitahu, kerja-kerja pengujian melibatkan perkakasan dan perisian satelit itu dilakukan bagi memastikannya dapat berfungsi sepenuhnya sebelum dilancarkan.

Katanya, enam jurutera pakar daripada ATSB telah memulakan kerja-kerja pemunggahan peralatan satelit tersebut semalam setelah tiba di Kepulauan Kwajalein kira-kira pukul 11.30 pagi (waktu tempatan), kelmarin.

"Mereka kini giat memunggah peralatan RazakSat daripada kontena yang diterbangkan pesawat Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) sebelum komponen satelit itu dipasang dan diuji,'' katanya kepada pemberita di sini semalam.

Menurut Ahmad Asbirin, selepas kerja-kerja pemasangan selesai, pihaknya akan melakukan kerja-kerja integrasi dengan dua lagi satelit kecil iaitu CubeSat dan InnoSat untuk tujuan penyelidikan selain berfungsi menstabilkan kedudukan RazakSat yang bakal berada di orbit NEqo.

"Selepas proses integrasi dua satelit kecil itu, kita akan jalankan ujian pembakaran roket pada 13 April ini dan selepas itu kita harap misi ini dapat berjalan dengan lancar seperti yang dijadualkan.

Sumber : Kosmo

Read More

Fail Makhluk Asing Didedah

Leave a Comment
Makhluk asing (ET) seperti pisang, bercakap dengan loghat Scandinavia dan objek tidak dikenali (UFO) berbentuk berlian pernah dilihat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan.

Menurut akhbar berkenaan, kes ganjil melibatkan ET dan UFO itu disiasat oleh sebuah jabatan rahsia di Kementerian Pertahanan iaitu DI55.

Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib Kebangsaan yang menyatakan bahawa Britain didatangi banyak UFO sekitar hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Fail itu turut merekodkan lukisan seorang lelaki di London Barat yang melihat ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti manusia pada 16 Mei 1989.

Selain itu, para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita di Norwich iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada tahun 1989 selepas dia menyatakan dihampiri oleh ET yang bercakap dengan loghat Scandinavia dan mendakwa ia dari planet lain.

ET itu menjelaskan bahawa makhluk asing bertanggungjawab melukis bulatan gergasi di ladang-ladang gandum dan diarahkan untuk tidak berhubung dengan manusia tetapi menyatakan ia melawat bumi dengan niat baik.

Wanita itu yang terkejut dengan percakapan ET tersebut melarikan diri ke rumahnya tetapi dia dikejutkan dengan bunyi dengung kuat dan berpaling lalu melihat sebuah piring terbang naik ke udara dan hilang daripada pandangannya.

- Agensi

Read More

32 Belajar di Tempat Letak Kereta

Leave a Comment

IBU BAPA menunggu anak-anak mereka yang terpaksa belajar di luar bangunan setelah Tabika Kemas ditutup di Taman Rakyat Mergong, Alor Setar, semalam. - UTUSAN/ZAINAL AZHAR MOHAMED

Selepas isu Tabika Kemas di Balik Pulau, Pulau Pinang dirantai dan dimangga bulan lalu, kini nasib yang sama menimpa 32 kanak-kanak di Taman Rakyat Mergong, Alor Setar di sini yang terpaksa belajar di tempat letak kereta.

Cuma kali ini kelas untuk kanak-kanak Tabika Kemas itu telah diambil alih oleh Badan Amal Taman Rakyat Mergong untuk dijadikan surau.

Sedangkan tabika itu yang terletak di tingkat bawah bangunan dua tingkat itu telah beroperasi sejak 13 tahun lalu.

Surau tersebut sebelum ini terletak di tingkat atas bangunan berkenaan.

Masalah itu bermula setelah kelas mereka diubah suai untuk dijadikan surau dan kelas agama kerana surau di tingkat atas dikatakan tidak lagi dapat menampung pertambahan jemaah terutama menjelang musim perayaan.

Pengurusan surau yang ditadbir Badan Amal Taman Rakyat Mergong itu juga mendakwa selama 13 tahun beroperasi di situ, pihak Kemas gagal menjelaskan bil-bil prasarana dan sewa bangunan tersebut.

Akibatnya kanak-kanak yang tidak berdosa dan tidak mengerti apa-apa itu terpaksa berpanas di tempat letak kereta demi untuk mendapatkan ilmu.

Pada 2 Februari lalu, seramai 22 kanak-kanak Tabika Perpaduan Kemas Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang, Pulau Pinang terpaksa belajar di bawah panas terik matahari lebih dua jam ekoran pintu pagar tabika berkenaan dirantai dan dimangga.

Tindakan tidak membenarkan pihak tabika menggunakan bangunan Desa Taman Nelayan Kuala Sungai Pinang itu didakwa dilakukan oleh Jawatankuasa Keselamatan & Kemajuan Kampung (JKKK) Kuala Sungai Pinang di bawah kelolaan kerajaan negeri pimpinan DAP, Pas dan Parti Keadilan Rakyat (PKR).

Sementara itu, Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Bakar Bata, Datuk Ahmad Bashah Md. Hanipah berkata, beliau tidak tahu mengapa badan amal taman itu sanggup menghalau kanak-kanak yang hanya menumpang belajar di situ.

"Menteri Besar, Datuk Seri Azizan Abdul Razak sendiri sebelum ini telah memberi jaminan bahawa kerajaan negeri tidak akan mengganggu tempat-tempat yang menjadi pusat menuntut ilmu di kalangan kanak-kanak.

"Saya tidak faham mengapa kumpulan ini tidak mengikut arahan Menteri Besar dan kami mahu perkara ini segera diselesaikan," katanya ketika ditemui di sini hari ini.

Seorang ibu, Aida Maslina, 24, berkata, kejadian yang menimpa anaknya tidak ubah seperti berada di negara miskin yang diserang dan dijajah musuh.

"Masalah ini perlu diselesaikan secepat mungkin sebelum keadaan menjadi lebih rumit dan mengganggu emosi pelajar terlibat.

"Jika badan amal taman ini mempunyai masalah pun, mereka sepatutnya berbincang dan menyelesaikannya secara baik dan bukannya mengusir pelajar yang sedang menimba ilmu," ujarnya.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Pembangunan Luar Bandar, Usahawan, Kerja raya dan Pertanian negeri, Datuk Phahrolrazi Zawawi ketika dihubungi berkata, kerajaan negeri tidak tahu mengenai perkara tersebut.

"Kerajaan tidak mempunyai maklumat mengenai perkara ini namun kami bersedia untuk membantu mencari tempat baru bagi membolehkan kanak-kanak terlibat menyambung pembelajaran mereka secepat mungkin," ujarnya.

Sumber : Utusan

p/s -> apa la nak jadi zaman skg ni, kanak-kanak pun menjadi mangsa keadaan.......

Read More

Dr Mahathir Berbicara Pasal Orang Melayu

Leave a Comment
Tun Dr Mahathir Mohamad berkata, beliau memberanikan diri bercakap mengenai orang Melayu di negara ini walaupun akan dituduh sebagai perkauman kerana mereka kini dilanda pelbagai masalah dan ancaman.

Bekas Perdana Menteri berkata, jika orang Melayu tidak dibenar bercakap mengenai masalah dihadapi, mereka mungkin jadi kaum yang terlucut hak di negara sendiri.

Beliau berkata, bahaya itu ada kebenarannya kerana orang Melayu sudah melihat tekanan dan penghinaan terhadap bangsa sendiri apabila mereka dijadikan minoriti di wilayah yang dulu adalah sebahagian daripada negeri-negeri Melayu.

"Keadaan ini boleh berlaku kepada orang Melayu bukan kerana orang lain, tetapi kerana orang Melayu sendiri yang suka membinasakan diri sendiri.

"Mereka tidak mahu merebut peluang yang disediakan bagi mereka. Tempat di universiti tidak diambil. Peluang perniagaan diselewengkan. Belia Melayu tidak ingin belajar, lebih berminat dengan melepak atau jadi mat rempit," katanya ketika menyampaikan ucapan Menangani Masa Depan Pribumi Dalam Cabaran Politik Semasa pada Perhimpunan dan Sidang Kemuncak Pribumi Perkasa Negara di sini, semalam.

Perhimpunan sehari yang dianjurkan Pribumi Perkasa Negara itu turut dihadiri Tun Dr Siti Hasmah Mohamed Ali; Menteri Luar, Datuk Seri Dr Rais Yatim dan Presiden Perkasa, Datuk Ibrahim Ali.

Dr Mahathir berkata, orang Melayu tidak suka dengar semua itu kerana malu, tetapi jika tidak disuarakan masalah berkenaan, ia tidak akan hilang dengan sendiri.

"Lebih baik malu jika kita dapat sedarkan beberapa kerat daripada kita dan mereka mengubah tabiat supaya tidak melakukan salah lagi," katanya sambil menambah apa guna Dasar Ekonomi Baru (DEB) diteruskan jika orang Melayu tidak mahu menggunakan peluang yang diwujudkan.

Sumber : Berita Harian

Read More

RazatSat diterbangkan ke Amerika Syarikat

Leave a Comment
Satelit kedua negara, RazakSat selamat diterbangkan dari Pangkalan Tentera Udara Subang di sini hari ini menuju ke tapak pelancarnya di Bucholz Army Airfield, Kwajalein Island, Amerika Syarikat.

Satelit itu diterbangkan menggunakan pesawat C-130 milik Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM).

Pesawat yang dipandu juruterbang TUDM, Leftenan Kolonel Raja Mohar Raja Bahari itu berlepas dari Pangkalan Tentera Udara Subang kira-kira pukul 10.30 pagi ini.

Ia dijangka mendarat di Bucholz Army Airfield kira-kira pukul 6 pagi esok untuk menurun RazakSat dan kakitangan ATSB sementara menunggu waktu pelancarannya pada 21 April depan.

Majlis pelepasan RazakSat disempurnakan oleh Menteri Sains Teknologi dan Innovasi, Datuk Dr. Maximus Ongkili.

Sebelum tiba di Kwajalein Island, pesawat yang membawa 17 pegawai TUDM serta 21 kakitangan Astronautic Technology (M) Sdn. Bhd. (ATSB) itu akan berhenti di dua destinasi iaitu Lapangan Terbang Kota Kinabalu, Sabah dan Andersen Airforce Base, Guam.

- Utusan

Read More

Isu PPSMI

Leave a Comment
Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi mahu isu Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) diselesaikan segera bagi mengelakkan tercetusnya isu lebih besar pada masa depan.

Perdana Menteri berkata, ini kerana terdapat desakan kuat terutama daripada orang Melayu mengenai isu tersebut dan satu keputusan segera mengenainya perlu dilakukan.

"Saya mahu isu ini diselesaikan segera dan jika dilengah-lengahkan, pelbagai tekanan dan tindakan akan dilakukan oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO) menyebabkan ia jadi lebih besar," tegasnya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas melancarkan buku Dragon Fire Hammer , tulisan Adam Umemoto yang berusia 14 tahun di sini hari ini.

Perdana Menteri diminta mengulas kontroversi PPSMI yang semakin memuncak apabila 5,000 orang berhimpun dan berarak membantah pelaksanaannya dari Masjid Negara ke Istana Negara, petang ini bagi menyerah memorandum kepada pihak istana.

Perarakan yang tidak mendapat permit dan kebenaran itu bertukar menjadi kecoh apabila arahan polis supaya mereka bersurai tidak diendahkan ada segelintir peserta yang bertindak diluar batasan termasuk melakukan provokasi terhadap anggota pasukan keselamatan.

Sehubungan itu Pasukan Simpanan Persekutuan (FRU) terpaksa menggunakan meriam air untuk menyuraikan mereka.

Perarakan tersebut menyebabkan kesesakan teruk di sepanjang Jalan Mahameru kerana laluan terpaksa ditutup dari kedua-dua arah.

Dalam hubungan ini Abdullah berkata, Kementerian Pelajaran telah mengadakan beberapa perjumpaan dengan NGO terbabit bagi membincangkan perkara itu.

Namun kata beliau, kementerian tersebut masih belum bersedia untuk mengumumkan bentuk keputusan yang telah diambil.

Katanya, kementerian berkenaan boleh menjadikan keputusan peperiksaan lalu untuk dijadikan asas bagi menentukan pelaksanaan PPSMI itu.

"Dengan cara itu saya berharap ia akan menjadi satu keputusan yang adil kepada semua kaum dan bagi mengukuhkan kepentingan pendidikan masa depan,'' katanya.

Read More