Dr.Fadhilah Kamsah Berbicara

Leave a Comment
Assalammualaikum. .....
Masa saya kecik-kecik dulu,mak selalu sangat suruh saya habiskan belen-belen( sisa-sisa) nasik yang dia makan ...dan pagi-pagi sebelum pergi sekolah,mak akan tuangkan air teh untuk saya minum itu dan macam biasa,mesti ada sikit belen ... tapi taklah everytime secara puratanya seminggu sekali mesti ada mak suruh buat macam itu ...
Dan sampailah saya dah besar panjang nie pun situasi ni still berjalan ....either belen makanan mak atau abah ... tapi kalau belen makanan anak-anak memang jadi satu kepantangan bagi mak atau abah untuk habiskan... kami kena habiskan sendiri atau akan dihabiskan oleh adik beradik yang lain ... samada kami perasan atau tidak ....so satu hari itu tergerak nak tanya pasal isu ini kat mak ...
Akhirnya mak dedahkan bahawa memang purposely dia buat macam itu sebab itu petua yang dia dapat dari arwah mak mentua dia sendiri ...arwah tok perempuan kami lah sebelah abah ...mak kata,supaya hati anak-anak sentiasa melekat kat mak bapak...dan saya sendiri akui kesannya .....makin umur kita meningkat,hati kita senantiasa belas tengok mak bapak kita yang makin tua itu..
Kalau kena marah ke kena tengking ke memang kami adik beradik diam membisu..jer lah namanya nak menjawab balik memang tak dak walaupun kita tahu yang kita betul dan mak pesan,dah ada anak sendiri esok ...jangan sekali-kali makan lebihan makanan anak... samalah ceritanya ..dan mak kata jugak, pagi-pagi jumaat masa dia bancuh air untuk kami semua,dia akan selawat 3 x dan berdoa semoga kami selamat pergi dan selamat balik ...dan guru saya pesan, antara kesan terbesar bagi ibu bapa yang tidak menunaikan solat maghrib ialah,mereka- mereka ini akan Allah cabut rasa hormat anak terhadap mereka ... solat berjemaahlah dengan anak-anak tiap kali waktu maghrib ... kalau ada lebih dari sorang anak,suruh sorang azan dan sorang Qiam ... kemudian berganti-ganti bacakan doa lepas solat... ini yang kami sekeluarga amalkan sampai sekarang ...
Saya personally memang cukup malu kalau tak sempat solat jamaah maghrib dengan mak abah secara praktiknya,inilah yang paling paling paling berkesan sekali ....tak caya try buat ...solat jamaah dengan anak-anak tiap kali maghrib .... dapat semua waktu lagi baik ...sangat besar 'rahsia' dan peranan dapur rupa-rupanya. ..dan jugak kesan solat jamaah walau hanya bagi waktu maghrib.
"Apabila kita kejar dunia,dunia akan lari; tetapi apabila kita kejar akhirat, dunia akan mengejar kita". Just to ambil iktibar untuk mendidik diri & family.Usia dunia sudah terlalu hampir ke penghujungnya, terlalu! So,it's good if we can remind each other because in Rasulullah's last sermon,baginda pun did mention that all those who listen to him (on shall pass on his words to others,and those to others again; and may the last ones understand his words better than those who listen to him directly...
Yang baik datang dari Allah & yang kurang itu is from my weaknesses. Do impart this knowledge; you'll lose nothing. Wallahu A'lam... Terima Kasih.
Read More

Bush Pergi Obama Datang

Leave a Comment
George W. Bush dengan rasminya telah menamatkan perkhidmatan sebagai Presiden US yg ke 33 semalam. Ironinya perkara ini telah diiringi dengan insiden 500 orang berarak ke White House dan membaling kira-kira 40 pasang kasut ke arah pagar dengan disaksikan oleh para pelancong. Tunjuk perasaan itu ditaja oleh Washington Peace Center dan disertai oleh veteran perang Iraq serta mereka yang menentang peperangan.

Sementara itu, Barack Obama dilantik sebagai Presiden ke 44 US dengan cabaran yang lebih mencabar pada tahun ini. Kita sama-samalah nantikan perubahan yang akan dilakukan oleh beliau dalam memelihara kembali keamanan di negara seperti Palestin dan menggunakan kuasa dunia yang dimiliki ke arah kepentingan seluruh dunia.
Read More

RM1 hidangan tengah hari

Leave a Comment

PADA tahun-tahun awal merdeka, seseorang dapat makan agak 'mewah' dengan membayar kurang daripada satu ringgit.

Hari ini dengan kadar inflasi yang meningkat, adakah 'kemewahan' sebegini dapat dicapai?

Baru-baru ini, penulis agak terkejut apabila seorang rakan telah membelikan sebungkus nasi vegetarian dari sebuah restoran di Sentul, Kuala Lumpur pada harga RM1.

Ini adalah satu kejutan yang menggembirakan, lebih-lebih lagi pada hari ini nasi lemak biasa yang dibungkus dalam daun pisang dijual pada harga RM1.50, dan kuih-muih pada harga 40 hingga 50 sen sebiji.

Makanan berharga RM1 itu terdiri daripada nasi serta sayuran, kuah kari dhal, acar serta beberapa keping keropok papadom.

Restoran tersebut menjual makanan pada harga yang amat berpatutan, sedangkan untuk makan tengah hari yang ringkas di ibu kota, kita perlu bayar kira-kira RM5.

Nasi bungkus itu ialah berita baik kerana menurut Jabatan Perangkaan Indeks Harga Pengguna (IHP), untuk bulan November 2008 terdapat kenaikan 5.7 peratus jika dibandingkan pada bulan yang sama pada tahun sebelumnya.

Indeks untuk Makanan dan Minuman Bukan Alkohol untuk November pula mencatatkan kenaikan 11 peratus jika dibandingkan pada bulan yang sama tahun 2007.

Walaupun kerajaan telah menurunkan harga petrol sebanyak tujuh kali ganda sejak Jun 2008 iaitu daripada RM2.70 seliter (Jun) kepada RM1.80 seliter (Disember), harga barang makanan masih kekal mengikut rentak penurunan itu.

Menurut seorang ahli akademik, Fatimah Mansur, pengguna sebenarnya mempunyai pilihan mengenai apa yang mereka mahu dan perlukan.

"Kita tidak boleh salahkan peniaga kerana mereka perlu cari pendapatan dan mereka perlu sediakan pelbagai pilihan untuk pengguna. Rasa dan selera pengguna memang berbeza," kata Fatimah yang juga merupakan aktivis sosial dan pengguna.

"Kini, pengguna ada pilihan untuk terbang dengan harga tambang murah. Apa kata konsep ini kita panjangkan semasa kita beli makanan?

"Sudah tentu harganya akan jadi lebih murah," katanya.

Menurut Fatimah, ada pelbagai 'tambahan' yang sebenarnya tak perlu bagi pengguna.

"Bila kita makan di restoran, kita ada sifat untuk mengambil lauk lebih seperti ayam, daging dan sebagainya. Apa kata kalau kita ambil apa yang mahu dimakan sahaja?" ujarnya.

Sementara itu, apabila ditunjukkan gambar nasi yang berharga RM1, seorang pakar pemakanan di sebuah pusat perubatan di Kuala lumpur berkata:

"Makanan seperti ini memang bernilai untuk wang. Ia sihat, kurangkan nasi, tambah sumber protein seperti ikan dan sayur untuk lebih fiber bagi diet yang lebih seimbang." - Bernama

Read More

AirAsia tawar tambang RM9 sehala

Leave a Comment
AirAsia Bhd. (AirAsia) mengadakan jualan mega serantau bagi pembuka tirai 2009 dengan menawarkan kadar tambang serendah RM9 sehala bagi destinasi ke beberapa bandar utama di Malaysia dan juga luar negara.

Menurut Ketua Komersial Serantau AirAsia, Kathleen Tan, jualan itu akan bermula esok sehingga 18 Januari untuk tempoh penerbangan bermula 9 Februari hingga 30 Jun tahun ini.

''Tawaran jualan yang menarik itu ditawarkan kepada semua destinasi AirAsia ke rantau Asia selepas berlepas dari Kuala Lumpur, Kota Kinabalu, Kuching, Johor, Bangkok, Jakarta dan Bali,'' katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Jelas beliau, hanya serendah RM9 untuk perjalanan sehala pelanggan boleh terbang ke destinasi kegemaran masing-masing iaitu ke Singapura, Langkawi, Pulau Pinang, Alor Star, Kota Bahru dan Johor Bahru melalui pusat di Kuala Lumpur.

Destinasi popular yang turut terbabit dalam tawaran jualan itu ialah Kota Kinabalu, Kuching, Phuket, Krabi, Medan dan banyak lagi dengan harga serendah RM59 bagi perjalanan sehala.

Destinasi popular lain pula ditawarkan pada harga RM99.00 untuk perjalanan ke Bali, Chiang Mai, Macau dan Shenzen.

Bagi perjalanan jarak jauh yang ditawarkan oleh AirAsia X pula membabitkan perjalanan ke Hangzhou dan Perth pada harga RM259, Melbourne, Gold Coast bagi harga RM499 malah perjalanan baru ke London pula adalah hanya RM999.

''Dengan lebih 100 laluan untuk dipilih, kami percaya kami menyediakan untuk pelancong riadah dan perniagaan, memberikan mereka lebih banyak pilihan dan keanjalan dengan tambang murah kami yang tidak boleh diatasi dan kekerapan penerbangan yang luas,'' jelasnya.

Tambah beliau, tawaran itu hanya boleh dipohon melalui tempahan internet di www.airasia.com.

Sumber : Utusan

Read More

Mutiara Cinta

Leave a Comment
HANYA ada satu pelita yang dapat kita pegang dan akan sentiasa menyala biarpun ketika malam yang gelap dan tetap akan menerangi tempat-tempat yang jauh seperti menerangi tempat kita sendiri. Ia adalah cinta kepada semua yang bernyawa.

JATUH CINTA pada seseorang insan yang masih dalam proses berdukacita atas kehilangan orang tersayang, tidak pernah menjadi sesuatu yang mudah kepada yang terkena tempiasnya.

APABILA pintu hati sudah terbuka, tidak perlu suasana romantis disimbah cahaya lilin atau berlutut sambil merenung jauh ke dalam mata untuk menyatakan rasa yang terpendam. Segala-galanya akan datang sendiri dan difahami daripada hati luhur untuk menerima lamaran daripada sang kekasih.

CINTA, MENYINTAI ATAU DICINTAI itu adalah lumrah sifat kejadian manusia. Hak untuk bercinta dan menerima bergantung kepada individu itu sendiri. Pilihan adalah terpulang kepada kita, jika pilihan berlandaskan agama pasti hasilnya diberkati dan sekiranya berlandaskan nafsu pasti akan terhumban ke lembah kehinaan.

CINTA itu adalah segugus kepercayaan yang abadi. Dan cinta sejati itu bererti melepaskan orang yang disayangi terbang bebas ke dunianya. Kalau betul kau milikku pasti engkau akan kembali menghangatkan cinta kita.

SEKIRANYA kamu dicintai oleh seseorang yang tidak kamu cintai, anggaplah ia satu penghormatan buat dirimu tetapi kembalikan penghormatan itu dengan cara yang ikhlas dan jujur.Jangan kamu ambil kesempatan dan janganlah melukakan.

CINTA merupakan suatu perasaan yang agung. Jika cinta tiada lagi, bererti salah satu nikmat Tuhan telah dicabut dari hati, tandanya salah satu nilai kemanusiaan dalam diri anda mulai terhakis. Ia memerlukan pengorbanan yang besar sambil bermodalkan keikhlasan serta kejujuran yang tinggi.

ORANG yang tiada perasaan cinta adalah manusia yang hilang motivasi dalamannya. Cinta seharusnya melahirkan tindakan yang melambangkan kelembutan, kasih sayang dan kebijaksanaan terutama dalam membuat keputusan berhubung dengan insan yang amat dicintai. Cinta adalah kenderaan menuju kebahagiaan. Cinta murni sentiasa mampu pemandunya, pemiliknya melepasi semua halangan demi kecemerlangan. Cinta boleh membuatkan manusia bangun membina kehidupan yang terbaik.

ALANGKAH bodohnya manusia yang menjadikan cinta untuk membina kesusahan di hari muka. Jika cinta dijelmakan dalam diri, ia begitu memotivasi. Jika diberikan kepada seseorang ibarat memberikan segunung emas kepadanya. Tatkala dijelmakan dalam rumahtangga, jawapannya adalah kerukunan dan kesefahaman yang berpanjangan. Cinta yang murni adalah pemangkin untuk kehidupan yang penuh kebahagiaan. Sebagaimana ia bermula di hati, cinta seharusnya berkekalan hingga hujung nyawa.

CINTA yang benar-benar tulus dan ikhlas sepatutnya menjadikan pemiliknya bertambah matang, beriman dan berperibadi mulia. Jika yang sebaliknya berlaku, ia menjadi tanda bahawa itu bukan cinta sejati yang anda cari-cari.
Read More

Tahun 2009 Yang Mencabar

Leave a Comment
Selamat tahun baru 2009. Semoga apa yg dihajatkan terlaksana. Panjang umur & murah rezeki.
Read More