Penipuan Melalui Portal JobMalaysia Dikesan

Leave a Comment
Kementerian Sumber Manusia mengesan tindakan pihak tertentu yang menggunakan portal JobsMalaysia.gov.my untuk melakukan penipuan dengan meletakkan syarat pembayaran bagi kekosongan jawatan di jabatan kerajaan dan sektor swasta.

Timbalan menterinya Datuk Maznah Mazlan berkata kebanyakan kekosongan yang ditawarkan itu menggunakan nama agensi kerajaan bagi tujuan menyakinkan pencari kerja yang lebih berminat untuk bekerja di sektor awam.

Katanya kes penipuan itu dikesan berlaku di negeri ini dengan Jabatan Tenaga Kerja (JTK) Sabah menerima 102 aduan daripada pencari kerja sejak Oktober tahun lepas.
"Seramai 10 orang telah tertipu membayar RM500 seorang bagi urusan permohonan mendapatkan pekerjaan yang diiklankan oleh pihak terbabit,” katanya kepada pemberita selepas melawat lokasi kejadian letupan alat pendandang di sebuah kilang di sini hari ini.
Pada kejadian Jumaat lepas itu, dua pekerja di kilang tersebut maut akibat letupan alat pendandang itu. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: