Nenek Bina Empayar Dadah

Leave a Comment
Polis Mumbai menahan nenek berusia 70 tahun yang terbabit dalam penjualan dadah bernilai jutaan ringgit bagi menyara keluarga setelah kematian suaminya lebih sedekad lalu.

Penyiasat Narkotik mendapati wanita itu menjadikan penjualan dadah secara kecil-kecilan suaminya kepada sebuah empayar dalam tempoh sedekad lepas setelah suami wanita itu meninggal dunia kerana sakit, lapor akhbar DNA berpangkalan di Mumbai.
"Dia telah mengaku bahawa dia memperoleh bahan larangan itu daripada pembekal dadah yang beroperasi di negeri jiran.

"Dia akan pergi ke pelbagai bahagian di negeri ini untuk mendapatkan hubungan dengan mereka yang terlibat dalam penjualan dadah, dan menjadikan mereka pembekalnya,” keta Insp polis Mrityunjay Hiremath dari Bandra Anti Narcotics Cell (ANC) kepada media.

Ahad lepas, polis menahan warga emas itu bersama 40 kilogram ganja bernilai hampir RM75,000, yang disembunyikan di kuil Durga yang dibinanya di bandar Kurla, sebuah bandar di pinggir Mumbai. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: