Denggi Di Sarawak

Leave a Comment
Kes demam denggi di negeri ini meningkat dua kali ganda dengan lima kematian dilaporkan sepanjang tahun ini berbanding tempoh sama tahun lepas, kata Timbalan Ketua Menteri Tan Sri Dr George Chan Hong Nam hari ini.

Beliau berkata setakat ini Jabatan Kesihatan Negeri telah pun menerima kira-kira 6,000 laporan kes denggi di seluruh Sarawak dan jumlah tersebut meningkat secara mendadak sejak beberapa bulan kebelakangan ini.

Jumlah kes yang diterima sepanjang tahun lepas ialah 3,000 kes.
"Kes denggi di Sarawak memang serius, saya tidak dapat nafikan dan beberapa langkah pencegahan telah pun diambil termasuk membuat semburan kabus ke tempat-tempat yang mencatatkan kes tinggi,” katanya kepada pemberita ketika ditemui di sini hari ini.
Beliau berkata faktor hujan ketika musim tengkujuh dipercayai punca kes demam denggi merebak di negeri ini.

Dr Chan berkata beliau akan mendapatkan maklumat dan perkembangan terkini berhubung kes denggi untuk membolehkan langkah pencegahan awal dapat dilakukan selepas ini. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: