Bola Sepak Malaysia vs Laos Mungkin Disiar Secara Langsung

Leave a Comment
Usaha sedang dilakukan bagi membolehkan penyokong dan peminat bola sepak Malaysia menyaksikan secara langsung perlawanan separuh akhir bola sepak Sukan Sea antara Malaysia menentang tuan rumah, Laos esok, kata Timbalan Menteri Belia dan Sukan, Datuk Razali Ibrahim. Beliau berkata kementeriannya melalui Majlis Sukan Negara (MSN) telah berbincang dengan Kementerian Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan untuk mengadakan siaran langsung itu. "Sukan bola sepak adalah sukan utama di negara kita... oleh itu pasti ramai yang mahu menyaksikan perlawanan itu secara langsung menerusi televisyen," katanya kepada wartawan Malaysia di sini.

Skuad negara kendalian K Rajagobal mara ke separuh akhir untuk bertemu Laos, esok selepas menewaskan juara lapan kali berturut-turut, Thailand 2-1 dalam aksi terakhir saingan Kumpulan A pada Jumaat lalu. Beliau berkata, siaran langsung itu akan memberikan galakan kepada semua pemain kerana pasukan yang akan mereka berdepan ialah pasukan tuan rumah yang sudah tentu mempunyai kelebihan dari segi tempat dan sokongan padu penyokong. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: