Tujuh Laman Web Dapat Lima Bintang

Leave a Comment
Hanya tujuh laman web atau 0.65 peratus daripada 1,192 portal dan laman web kendalian kementerian serta agensi kerajaan yang disenaraikan Perbadanan Pembangunan Multimedia (MDEC) memperoleh penilaian lima bintang, kata Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Mohd. Sidek Hassan.

Beliau berkata, maklumat daripada laporan “Penilaian Laman Web dan Portal Kerajaan Malaysia 2009” itu ternyata amat mengecewakan kerana ia jelas menggambarkan angka laman web yang mendapat kualiti tinggi adalah sangat kecil berbanding dengan jumlah keseluruhan.

"Semua ketua jabatan perlu melakukan sesuatu bagi memulihkan imej mereka dan mendapatkan semula keyakinan rakyat.”

"Saya harap hasil laporan MDEC ini diambil serius oleh mereka yang berkenaan dan saya tidak mahu mengeluarkan apa-apa arahan memandangkan mereka ini bukannya golongan tidak cerdik, jadi sepatutnya mereka faham sendiri tentang tanggungjawab mereka,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan seminar “Perubahan 1Pengurusan Perkhidmatan Kerajaan Dalam Talian: Amalan Utama Untuk Berubah” di sini hari ini. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: