Lima 09 Sedia Motosikal Berkuasa Tinggi

Leave a Comment
Sebelas buah motosikal berkuasa tinggi disediakan kepada pengunjung Pameran Udara dan Maritim Antarabangsa Langkawi (Lima 09) yang mahu mengelak kesesakan lalu lintas, kata Menteri Pertahanan Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.Katanya, beliau mencadangkan penggunaan motosikal berkuasa tinggi di Lima 09berikutan kejayaan penggunaan kenderaan itu ketika pameran udara Le Bourget di Paris baru-baru ini."Ketika berada di Paris, saya melihat bagaimana berkesannya penggunaan motosikal itu kepada pengunjung yang mahu mengelak daripada terjebak dalam kesesakan lalu lintas," katanya.Beliau menjangkakan 50,000 pelawat akan mengunjungi Lima 09. Ahmad Zahid berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Persidangan Ketua-Ketua Tentera Udara (ACM) yang dianjurkan sempena dengan Lima 09 yang akan berlangsung mulai esok hingga 5 Dis, di sini hari ini.Turut sama pada majlis perasmian itu termasuk Panglima Angkatan Tentera Jen Tan Sri Azizan Ariffin dan Panglima Tentera Udara Diraja Malaysia Jen Datuk Seri Rodzali Daud. -- BERNAMA
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: