KD Gempita di Selat Melaka

Leave a Comment
Kapal Kelas Penyerang Laju (Misil) buatan Sweden, KD Gempita, hari ini, melancarkan penembakan misil jenis EXOCET MM38 yang berjaya memusnahkan sasaran permukaan (STB) yang berukuran 40 meter.

Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) berkata misil jenis EXOCET MM38 dilancarkan pada pukul 10.30 pagi tadi di utara perairan Selat Melaka yang di bawah pemerintahan Lt Komander Md Zaman Hassan membuktikan kesiagaan dan keupayaan Armadanya.

"Sasaran terapung guna semula tersebut merangkumi barge dan enam kontena bersaiz 40 kaki. Misil mengenai tepat sasaran dan impak serta letupan menyebabkan empat kontena tercampak ke laut,” katanya dalam kenyataan di sini hari ini.

Sistem misil EXOCET MM38 diperoleh TLDM adalah jenis peluru berpandu permukaan ke permukaan mempunyai berat keseluruhan 735 kilogram, panjang 5.21 meter dan diameter 35 sentimeter mampu memusnahkan pelbagai jenis sasaran permukaan termasuk kapal yang bersaiz besar.

Menurut kenyataan itu, penembakan misil EXOCET MM38 ke atas sasaran STB adalah aktiviti kemuncak latihan di laut kapal-kapal TLDM. - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: