1,989 Mangsa Banjir Kedah

Leave a Comment
Jumlah mereka yang dipindahkan akibat banjir di Kedah menurun kepada 1,989 orang sehingga pukul 12 tengah hari ini berbanding 2,060 malam tadi.
Jurucakap bilik gerakan banjir negeri berkata, daerah Kota Setar paling teruk terjejas apabila seramai 865 mangsa melibatkan 247 keluarga dipindahkan ke enam pusat pemindahan.
Seramai 580 mangsa membabitkan 139 keluarga di daerah Pokok Sena masih berada di satu pemindahan iaitu di Sekolah Kebangsaan Bukit Hijau diikuti dengan Kubang Pasu 440 orang (103 keluarga) dan Padang Terap dengan 104 orang (22 keluarga).
Sementara itu, bacaan paras air dua sungai di Kota Setar masih melebihi paras bahaya iaitu Sungai Kepala Batas mencatatkan 4.29 meter (paras bahaya 3.8 meter) dan Sungai Pantai Johor 2.43 meter (bahaya 2.00 meter). - Bernama
Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: