Jambatan Kedua Pulau Pinang

Kerja-kerja pembinaan bagi projek Jambatan Kedua Pulau Pinang berjalan mengikut jadual walaupun terdapat sedikit kelewatan pada peringkat awal pelaksanaan projek itu.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Tan Sri Nor Mohamed Yakcop berkata, pakej satu dan dua projek itu masing-masing dengan kos sebanyak RM2.2 bilion dan RM1.55 bilion dijangka siap sebelum 2013.

"Projek ikonik bagi Pulau Pinang ini diuruskan secara profesional oleh profesional, setakat ini tujuh peratus kerja-kerja pembinaan telah berlangsung.

"Dengan siapnya projek ini perkhidmatan pengangkutan Pulau Pinang akan menjadi lebih cekap dan dapat memberi kesan yang baik kepada ekonomi,” katanya kepada pemberita selepas melawat tapak projek Jambatan Kedua Pulau Pinang bermula di Jeti Batu Maung hingga ke Jeti Pulau Aman di Batu Kawan di sini hari ini.-Bernama

Tag : Public
0 Komentar untuk "Jambatan Kedua Pulau Pinang"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top