Hukuman Sebat Kartika Selepas Ramadhan

Leave a Comment
Hukuman sebat ke atas seorang model sambilan, Kartika Sari Dewi Shukarnor, 32, dijangka dilaksanakan selepas Ramadan sekiranya Jabatan Penjara sudah bersedia dengan kemahiran berdasarkan undang-undang Syariah.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Tun Hussein berkata, hukuman Syariah bukan perkara enteng yang boleh dilaksanakan semudahnya lebih-lebih lagi apabila Jabatan Penjara tidak mempunyai sebarang pengalaman.

“Kita tangguhkan bukan kerana susah untuk mendapatkan jurusebat dan bukan kerana kita tidak boleh lakukan hukuman tersebut tetapi ini adalah kes pertama yang dihadapi oleh kita...mata dunia kini menumpukan kepada kes ini maka Jabatan Penjara perlulah bersiap sedia dengan segala keperluan terlebih dahulu.

“Tetapi jika Kartika tetap tidak mahu membuat rayuan bagi mengelakkan hukuman sebat berkenaan, maka pihak penjara perlu bersiap sedia dari sekarang untuk menjalankan hukuman tersebut selepas berakhirnya Ramadan,” katanya kepada pemberita sempena Mesyuarat Kumpulan Kerja Malaysia-Australia mengenai Penyeludupan Manusia dan Pemerdagangan Orang di sini hari ini. - Bernama

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: