Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai

Pas mengekalkan kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) Manek Urai setelah calonnya, Mohd. Fauzi Abdullah mengalahkan calon Barisan Nasional (BN), Tuan Aziz Tuan Mat dengan majoriti 65 undi dalam satu pilihan raya kecil hari ini.

Mohd Fauzi, 50, memperolehi 5,348 undi manakala Tuan Aziz , 39, mendapat 5,283 undi.

— BERNAMA

Tag : Politic
0 Komentar untuk "Pas kekalkan kerusi DUN Manek Urai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top