Teka-teki Kabinet baru terlerai hari ini

Perdana Menteri, Datuk Seri Mohd. Najib Tun Razak akan mengumumkan barisan Kabinet baru di Jabatan Perdana Menteri, Putrajaya pada 3 petang ini.

Menurut kenyataan akhbar Pejabat Perdana Menteri semalam, Perdana Menteri terlebih dulu akan menghadap Yang di-Pertuan Agong pada pukul 11 pagi untuk mendapatkan perkenan.

"Pengumuman barisan Kabinet baru itu akan turut disiarkan secara langsung di stesen-stesen televisyen tempatan,'' kata kenyataan itu lagi.

Pembentukan barisan Kabinet baru itu adalah lanjutan daripada pelantikan Najib sebagai Perdana Menteri pada 3 April lepas.

Sementara itu, Majlis Angkat Sumpah Jawatan dan Setia serta Sumpah Simpan Rahsia oleh menteri-menteri dan timbalan-timbalan menteri akan diadakan pada 10 April pukul 9.30 pagi di Istana Negara.

Sumber : Kosmo

Tag : Politic
0 Komentar untuk "Teka-teki Kabinet baru terlerai hari ini"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top