Penonton Bola Sepak Negeri Sembilan & Kelantan Merusuh di Kota Bharu


KOTA BHARU - Berlaku kekecohan di sini malam tadi selepas berakhirnya perlawanan separuh akhir pertama Piala FA antara Kelantan dengan Negeri Sembilan.

Semuanya gara-gara sikap penonton yang gagal mengawal emosi.

Pada perlawanan di Stadium Sultan Mohamed Ke-IV Kota Bharu itu, Kelantan tewas 0-1.

Kekecohan berpunca daripada insiden yang berlaku di tengah padang apabila menyaksikan penjaga gol tuan rumah, Halim Napi 'membelasah' pertahanan lawan, Aidil Zafuan Abd Radzak.

Insiden itu berlaku apabila Halim menyerang Aidil selepas wisel penamat ditiupkan, sekali gus mencetuskan suasana tegang di kalangan pemain kedua-dua pasukan.

Situasi panas berlarutan di luar stadium apabila pihak keselamatan 'bertempur' dengan penyokong tuan rumah.

Insiden dikatakan bermula selepas beberapa penyokong tuan rumah ditahan ekoran berkelakuan ganas. Tindakan itu menyebabkan sebahagian penyokong cuba menyerang pihak polis dan bertindak membakar trak polis serta lima buah kereta orang awam.

Pihak polis berjaya mengawal keadaan daripada bertukar menjadi lebih teruk dengan menggunakan penyembur pemedih mata.

Sumber : Kosmo

Tag : Sport
3 Komentar untuk "Penonton Bola Sepak Negeri Sembilan & Kelantan Merusuh di Kota Bharu"

penyokong bola sepak kelantan nie memang dh lama diakui bengap sejak bertahun2 .. so x pelik la diorg nie berkelakuan mcm kera .. sedih tgk diorg nie .. umat islam skrg ader byk isu besar nk kena tangani .. ni pasal bola korg bergaduh .. mmg sampah diorg nie ..

aku pun tak pelik....sebab dah lama tau perangai orang kelate memang mcm tu....diorang la...paling hebat....dia orang la...paling kuat!bab gaduh2 ni serah kat dia orang...bukan kat tempat sendiri je....kat tempat orang pun sama gak!

dorg memang trok
hate kelantanese forever
mcm da takde benda nak digaduhkan
benda laen tanak improve, tapi bab gadoh nombor satu.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top