Daftar di Mana-mana - Pembeli Kereta Baru Kini Boleh Pilih Plat Negeri Yang Disukai

Leave a Comment

Orang ramai kini boleh mendaftar kenderaan baru mereka dengan nombor plat mana-mana negeri yang disukai apabila sistem maklumat tanpa sempadan Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) mula beroperasi awal tahun hadapan.

Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan (gambar) berkata, sistem yang sedang dibangunkan tersebut akan membolehkan semua bakal pembeli kenderaan mendaftar nombor plat di mana-mana negeri yang mereka sukai.

"Dalam sistem sedia ada, pengedar kenderaan di Pahang, misalnya, terpaksa melantik wakil mereka di Selangor untuk mendaftar nombor plat di negeri itu seperti dikehendaki pembeli kerana mahukan nombor plat Selangor.

"Sistem tersebut akan dipermudahkan secara online dan pengedar tidak perlu melantik wakil untuk mendaftar kenderaan di lain-lain negeri,'' katanya selepas mengadakan dialog bersama 30 wakil swasta di negeri ini termasuk syarikat kenderaan terpakai, pengedar automotif dan para pegawai syarikat kewangan di Legend Resort Cherating di sini.

Sementara itu, Solah memberitahu, lebih 1.3 juta kereta yang sudah dijual kepada syarikat kenderaan terpakai di negara ini didapati tidak ditukar hak pemilikan sementara kepada nama syarikat terbabit sehingga menimbulkan pelbagai masalah kepada pemilik asal.

Sumber : Kosmo

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: