Fail Makhluk Asing Didedah

Leave a Comment
Makhluk asing (ET) seperti pisang, bercakap dengan loghat Scandinavia dan objek tidak dikenali (UFO) berbentuk berlian pernah dilihat di Britain, lapor sebuah akhbar semalam berdasarkan pendedahan fail sulit kerajaan.

Menurut akhbar berkenaan, kes ganjil melibatkan ET dan UFO itu disiasat oleh sebuah jabatan rahsia di Kementerian Pertahanan iaitu DI55.

Semua fail sulit itu boleh diakses di laman web Arkib Kebangsaan yang menyatakan bahawa Britain didatangi banyak UFO sekitar hujung tahun 1980-an dan awal 1990-an.

Fail itu turut merekodkan lukisan seorang lelaki di London Barat yang melihat ET berbentuk pisang dan memiliki tangan dan kaki seperti manusia pada 16 Mei 1989.

Selain itu, para penyiasat DI55 turut menyoal seorang wanita di Norwich iaitu bandar kedua terbesar di Britain pada tahun 1989 selepas dia menyatakan dihampiri oleh ET yang bercakap dengan loghat Scandinavia dan mendakwa ia dari planet lain.

ET itu menjelaskan bahawa makhluk asing bertanggungjawab melukis bulatan gergasi di ladang-ladang gandum dan diarahkan untuk tidak berhubung dengan manusia tetapi menyatakan ia melawat bumi dengan niat baik.

Wanita itu yang terkejut dengan percakapan ET tersebut melarikan diri ke rumahnya tetapi dia dikejutkan dengan bunyi dengung kuat dan berpaling lalu melihat sebuah piring terbang naik ke udara dan hilang daripada pandangannya.

- Agensi

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: