Dr. Faiz kena tunggu empat tahun lagi

Leave a Comment
Bakal angkasawan kedua negara, Mejar Dr. Faiz Khaleed perlu menunggu sekurang-kurangnya empat tahun lagi bagi merealisasikan hasratnya untuk ke angkasa lepas.

Ini berikutan langkah Kementerian Sains, Teknologi dan Inovasi (MOSTI) yang sedang membuat perancangan teliti mengenai tempat yang paling sesuai sebagai persiapan meneruskan misi ke angkasa lepas.

''Saya sedang menunggu maklumat daripada MOSTI mengenai tempat yang paling sesuai untuk dijadikan tempat latihan sebagai persiapan.

''Saya dijangka ke angkasa dalam tempoh tiga hingga empat tahun lagi,'' kata beliau ketika ditemui pada majlis perasmian Kempen Kesedaran Kesihatan 'Jom Sihat' 2009 di sini hari ini.

Dr. Faiz berkata, beliau belum dimaklumkan sama ada latihan tersebut akan diteruskan di Rusia atau Amerika Syarikat kerana keputusan mengenainya sedang diteliti.

''Saya percaya tugas angkasawan kedua nanti akan lebih mencabar berbanding program pertama sebelum ini,'' katanya. (Utusan)

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: