Dah Abih Present

1 comment
Pada tanggal hari ni iaitu 29 Oktober 2008, aku dah present tesis. Selama 6 bln aku menunggu akhirnya masa yg dinantikan tiba. Mase td tu terdapat teguran yg membina utk aku membetulkan tesis. Aku harap dpt jilid tesis mggu dpn jgk dan dpt melepaskan bebanan yg dipikul selama ini. Aku perlu mulakan hidup baru slps ini demi mase dpn. Aku hrp sumenye berjalan dgn lncr slps aku menamatkan pengajian aku di universiti.
Read More

Teh O' Panas, Roti Telur & Roti Kosong

1 comment
Inilah breakfast aku pagi2 mase pukul 6.45 pg di salah sebuah restoran kat blkg UTM. Aku nak jugak berehat pg2 drp duk ngadap laptop ni slalu. Pemandangan pun luas je, xda la duk terperap je dlm bilik ni. Perkara yg plg best ialah aku suka tgk org duk buat senaman yoga masa aku duk mkn. Senaman yg unik dan boleh membantu pengaliran darah di dlm bdn dgn lebih sempurna. Ape2 pun yg plg utama aku dpt menikmati udara yg sgr pada waktu pg dan pemandangan yg cantik bg merehatkan minda.
Read More

Tarikh Keramat

Leave a Comment
Tarikh berkaitan dengan pembentangan Projek Sarjana Muda telah pun ditetapkan pada 29 Oktober 2008 iaitu pada hari Rabu. Pagi esok aku kena jumpa dgn supervisor & beliau akan memberikan tips2 terbaik utk aku. Esok juga supervisor nk tgk semua keje yg telah aku buat & aku berhrp semua akan elok2 saja. Buat yg terbaik saja & lepas pembentangan dah boleh jilid. Aku mmg x sbr nak jilid tesis sebab segala benda yg berserabut akan selesai. Aku akan melaksanakan misi seterusnya apabila dah dapat keje.
Read More

Aku, Laptop & Broadband

Leave a Comment
Masa semakin cepat berlalu. Sedar x sedar dah nak masuk bln 11 atau pun lebih tepat lagi tahun 2009 bakal menjelma. Mcm ni la aku selama ni apabila bergelumang di U utk menghasbiskan sisa2 hidup di sini. Perkara yg selalu sgt aku buat pada sem nie iaitu berada di dpn laptop dgn broadband celcom. Sangat jarang aku keluar bilik kecuali nak pi joging, pi makan & lain2. Benda ni la yang membuatkan aku x bosan sambil menyiapkan tesis. Lagi sikit nak siap & insyaAllah minggu dpn semuanya akan siap. Aku cuma berharap penyelia tak akan suruh aku ubah lg la. Penat sgt2 duk ubah. Aku dah boleh mengatur tido seperti biasa mcm org2 lain sbb sblm ni mmg sgt2 aku ni mcm "Batman". Mlm2 berjaga smpai subuh, pas tu tdo jap n tgh hari smbg semula keje. Laptop & broadband menjadi peneman bilik aku ni. Sem ni juga la aku rasa byk benda yg aku blaja walaupun hanya guna internet je. Byk pengetahuan berkenaan dunia pengkomputeran aku dh blaja melalui forum yg berkaitan & juga berkaitan dgn dunia usahawan. Aku juga sedar yg thn ni aku dah 23 thn & akan masuk ke dlm alam dewasa x lama lg. Byk pengalaman yg aku dpt & aku harapkan akan mematangkan aku pada masa dpn. Bln 10 ni juga aku akan send resume ke merata tmpt kat company2 yg berkaitan supaya bln 11 insyaAllah aku dh boleh keje apabila berjaya dlm temuduga. Lepas blaja ni byk lg cbrn yg akan aku tempuhi & xtau jugak la kat negeri mana plak akan aku duk pas ni. Bagi aku yg pntg aku kena selesaikan apa yg berada di dpn mata dl sblm melaksanakan agenda yg seterusnya. Semoga aku berjaya menempuh hidup ini dgn lebih aman, bahagia & tenang. Aku slalu igt bahawa "Perjuangan Belum Selesai"
Read More

Petrol Mungkin Kembali RM1.92 Seliter

Leave a Comment
Dengan harga minyak dunia kini turun kepada AS$82 (RM287) setong, kerajaan membayangkan harga petrol di negara ini dapat kembali dijual pada harga RM1.92 seliter seperti dua tahun lepas jika harga minyak global jatuh di bawah AS$72 (RM252) setong.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Shahrir Abdul Samad berkata, fenomena itu dijangka berlaku jika permintaan minyak mentah di pasaran dunia menurun dan tercetus kemelesetan ekonomi dunia.

“Kalau kita mahu menikmati semula harga petrol RM1.92 seliter, maka harga minyak dunia perlu turun mencecah AS$72 setong.

“Harga minyak dunia semakin menurun dan penurunan harga boleh berlaku sekiranya kurang permintaan di negara maju seperti Jepun, Eropah dan Amerika Syarikat (AS),” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan penaiktarafan kilang zip, YKK (M) Sdn. Bhd., yang bernilai RM6.4 juta di Larkin di sini hari ini.

Hadir sama pada majlis berkenaan ialah Pengarah Urusan YKK, Sakato Nagasaki.

Penurunan kali terakhir harga petrol dan diesel di negara ini ialah pada 24 September lalu dengan harga minyak petrol jenis RON 97 turun kepada RM2.45 seliter, RON 92 kepada RM2.30 seliter, manakala diesel kepada RM2.40 seliter.

Sebelum itu, harga petrol ialah RM2.70 seliter manakala diesel RM2.58 seliter.

Menurut Shahrir, penurunan harga minyak oleh kerajaan dibuat berpandukan fakta mengikut kadar pertukaran ringgit dengan dolar AS.

Jelasnya, jika nilai ringgit meningkat berbanding dolar maka harga minyak akan dapat diturunkan ke paras yang lebih rendah.

Katanya, keputusan mengenai penurunan harga minyak akan diketahui pada mesyuarat kabinet akhir bulan ini.

Sumber : Utusan

Read More

Present Projek Sarjana Muda

Leave a Comment
Minggu pembentangan PSM telah pun diketahui pada hujung bulan 10 dan diharapkan semuanya berjalan dengan lancar untuk melengkapkan perkara yang terakhir sebelum menempuh alam pekerjaan yang penuh dengan liku-liku kehidupan. Semoga berjaya kepada diri sendiri dan boleh jilid tesis. Amin!!!!
Read More

Upin & Ipin - Season 2 Ep 8 (Ketupat)

Leave a Comment
Read More

Upin & Ipin - Season 2 Ep 7 (We Love Kak Ros)

Leave a Comment
Read More

Beraya Sakan

Leave a Comment
Raya pada kali ini memberikan pengertian yang bermakna kerana dapat berjumpa dengan sanak saudara yang jauh. Raya pertama, kedua & ketiga sangat sibuk dengan berkunjung ke sana sini sehingga penat. Bulan ini mungkin saya akan mula bekerja ataupun pada bulan hadapan. Saya berharap semua perancangan akan berjalan dengan sempurna.
Read More