Serangan Pengganas di Mumbai


Mayat bergelimpangan di Stesen Kereta Api Chatrapathi Sivaji yang menjadi sasaran serangan kumpulan bersenjata di Mumbai, India, semalam. (Gambar kecil) Seorang lelaki dipercayai pengganas membawa sepucuk rifel di stesen tersebut sebelum melepaskan tembakan rambang ke arah orang ramai. Sekumpulan lagi pengganas mengamuk di dua buah hotel terkemuka dengan menjadikan pelancong asing sebagai sasaran. Sebanyak 125 orang terbunuh dalam serangan tersebut yang dipercayai dilakukan oleh sebuah kumpulan yang dikenali sebagai Deccan Mujahidden.

Sumber : Utusan Malaysia
Tag : Politic
0 Komentar untuk "Serangan Pengganas di Mumbai"
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...
Back To Top