Bayi Berkepala Dua Cetus Curiga

Leave a Comment

Seorang bayi lelaki yang dilahirkan berkepala dua di barat daya Bangladesh ditempatkan di bawah pengawasan polis kerana kelahirannya mengundang rasa pelik di kalangan penduduk tempatan, kata seorang doktor, Mohamad Abdul Bari semalam.

Bayi yang bernama Kiron itu dilahirkan melalui kaedah Caesarean pada Isnin lalu dengan berat 5.5 kilogram di Keshobpur iaitu 135 kilometer dari Dhaka.

"Dia mempunyai satu perut dan dia makan dengan dua mulut. Dia mempunyai satu alat kemaluan dan anggota badan yang lengkap.," katanya.

Nyawa bayi tersebut bukan dalam bahaya sebaliknya dia dan ibunya yang berusia 22 tahun dipindahkan ke sebuah hospital yang lebih besar berdekatan bandar Jessore kerana kehadiran beratus-ratus ribu orang yang berkumpul di klinik tempat Kiron dilahirkan.

"Kira-kira 150,000 orang berkumpul kelmarin dari pelbagai daerah. Ia menjadi sukar untuk kami menjaga bayi tersebut.

"Kami menghubungi polis untuk menyelesaikan masalah itu dan mereka kini diawasi di sebuah hospital di Jessore," kata Mohamad. - AFP

Share Informasi Ini Dengan Rakan-Rakan

0 comments: